Saturday, July 11, 2009

lamanya ...


haaa...ni ms pic group TIP TOP MANAGEMENT nk g picnic kat sg. klah..huwaaa rindunya ms kat Trolak. wpon kat hulu..tp kre ok la..aku ase kekok lak..dh lama x post.

T to the I to the P...TIP TOP!!!!

Monday, March 16, 2009

keta aq...


huwaaaa...lama giler aq x update blog. dh dtg sakit malas aq. nk bt cane. well, apa aq bt slama ni?? hehe..aq berhanimun jer kat umah. n pulun hbs tok intebiu awal mac br2 ni. huhu...6hb april ni kuar la result intebiu tp aq x arap sgt pon. da competition is vry high dowh. so doa je la. de rezki de la..

haaaa..ni pic keta idaman aq. insya ALLAH ada rezki, jd la HAK MILIK AKU. haha...ekceli keta yg aq nk satria GTi tp yg aq taw dh x kuar dh GTi. Neo yg biasa lak mcm x cun je di mata aq yg rabun ni. neo CPS ni mcm cun lak. haha..

plan tahun ni cr keje n dpt kn keje..then cpt2 byr PTPTN..huhu rm11k beb

Tuesday, February 10, 2009

motivasi: berusaha sendiri


Ibarat anak ayam hendak keluar telur.Jika telur tersebut dipecahkan oleh orang lain, selalunya anak ayam tersebut tidak akn hidup lama. Manakala jika telur tersebut dipecahkan sendiri, peluang anak ayam itu hidup adalah tinggi. Ini kerana ia telah menggunakan otot-otot dan anggota badannya untuk memecahkan telur tersebut. Dengan ini ia menguatkan anggota badan dan otot-ototnya.

RUKUNEGARA


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

index cemburu lelaki mengikut horoskop (pisces)

setiap insan pasti mempunyai perasaan cemburu.tak kira dia tu kanak-kanak, remaja, org lelaki or org perempuan. mst ada perasaan cemburu.cuma mungkin berbeza tahap cemburu dan cara perasaan cemburu tu d express kn.

selalunya cemburu ni di kaitkan dgn org perempuan. tp percaye x lelaki pon ade gak perasaan cemburu??ada ar cemburu tu.cuma tersembunyi d sebalik ego tu.skrg ni aku nk bg index cemburu lelaki mengikut pisces. huh?? asik2 pisces?? biar ar. dh blog aku kn. suka hati aku ar!!!!!!haha..

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

p/s:MR.Z, aku tuju khas kat ko :D

Monday, February 9, 2009

capati & aku



haha..ni ar febret aku..yg mcm hangus kit tu capati goreng..haha.. yg lg 1 lak tu capati biasa tp size XS ar. mkn dgn kuah dal.fuh..sedap beb..ari2 mkn pon aku sanggup.
nak resipi ke??call me wokeh

Thursday, February 5, 2009

Oprah, Suze Orman & Aku



salah 1 talkshow yg aku suka tgk ialah The Oprah Show. knp? sbb dlm talkshow oprah ni mcm2 topik ada..cth: kewangan, masalah peribadi, family, rumahtangga, kesihatan, masakan & isu2 semasa.

segmen yg plg aku suka tgk ialah ASK SUZE Orman?. sapa tu? Suze ni adlh pakar penasihat kewangan yg terbaik di AS.



Suze ada pesan supaya jgn sekali2 lambat byr duit kredit kad sbb makin lama, hutang kredit kad makin tinggi. mcm ne kalo korang ade lebih dr 1 kad kredit? well..d caadangkan supaya korang BAYAR DULU HUTANG KREDIT YG INTEREST PLG TINGGI. di samping tu, blaja la control nafsu suping..beli bnde yg perlu. gne kredit kad pd brg yg perlu..bkn pd bnde remeh temeh ni. kpd yg xde kredit kad(mcm aku nih) better nti2 xyh la nk pki 1. sbb bt apa nk saja2 nk tambahkan hutang. BERBELANJA BIAR BERPADA2. ukur baju d badan sendiri...gpon, hutang2 ni kn x elok. kalo dh x mampu tu..bt cara x mampu la..

mcm ne lak kes fresh graduate or yg br dpt kerja tp nk idup bergaya & mewah? maksud aku..seseorg tu spend most of her/his income kat bnde2 yg x sepatutnya. cth: kereta (pki kereta mewah), manicure, spa, mkn luar etc? pdhal, sepatutnya dia gne kn income tok byr pinjaman pelajaran. manicure kn boleh je bt sndr. facial pon kalo taw cara boleh je bt sndr. kn ke dh jimat. mkn kat luar lak..blh la d kurangkan. kalo mkn luar pon, pilih tempat yg SEDAP & MURAH. kereta lak..bt apa nk beli kereta yg mahal2 sedangkan diri sndr x mampu nk bayar? last2 hutang makin bertambah..

aku ckp ni tok peringatan kat diri aku sndr..bila aku dh ade keje tetap..dh ade income sndr..insya ALLAH aku akn simpan 10% dr gaji aku kat TABUNG HAJI, bayar hutang PTPTN, 20% simpan tok beli kereta or simpan tok g holiday.. yg lg 70% tu mebi d gunakan tok byr sewa umah, duit tol/minyak moto, beli baju/kosmetik, duit makan..

BIAR PAPA ASAL BERGAYA???jangannnnnn!!!!!! simpan duit tok bekalan masa depan. sbb ms akn dtg, kita xtaw apa akn jd pd kita. mebi kita ada sakit ker(mita d jauh)...

selain tu, kalo nk join investment ke MLM ke pape ke..plz selidik btl2. jgn maen join je tp apa pon x phm. yg phm bila org laen dpt duit, kita pon nak. plz jgn rabun mata..rabun mcm aku xpela..hehe..

Sunday, February 1, 2009

Personaliti lelaki: Pisces


Pisces (20 Februari - 20 Mac)


Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..

Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.

WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.


Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar.Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

knp aku focus kat pisces ek??sbb MR.Z aku dl pisces. bnde2 mcm ni btl ke ek? leh caye ke? tp de yg sama ngan MR.Z..hehe..apa dia? ish..rasia la..huhu..MR.Z, aku doakan ko bahagia ngan sape2 pon.

bulan kelahiran dan sikap anda

hehe..aku kan lahir bulan mac. so, priority tok bln mac je la. gpon kalo msk kn 12 bulan, pjg gak..Berikut ialah senarai kajian bulan kelahiran dan sikap anda yg disediakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.

* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalam bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

aku dok giler usha ape??

hehe..2,3 arini aku bz giler dok usha resipi kat www.myresipi.com.. eii..rs mcm nk bt je. aku dh salin resipi yg best2 ni.tgk la kalo jd bt..aku tunjuk pic kat korang k
yum..yum...

k la..nk g stdy kit ni..huhu.doakn aku stdy msk otak k.

Thursday, January 29, 2009

beza suka dan cinta...


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.



4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

leh ke jadi cikgu??

hehe..hola. aku br je hbs ngaja kwn aku bt blog...dia nk bt bizz blog. aku ajar yg mn aku taw la. x rugi kn kte ajar secebis ilmu yg kte ada.. kre dia pon dh reti kit2. xpe.mcm aku gak ar dl..lama2 nti pandai la.pape pon kne rajen explore. TANPA KEBERANIAN MIMPI TAK AKN JADI KENYATAAN

hehe....kalo de mslh, cari la aku. kalo aku leh tlg..insya ALLAH aku tlg. bila la turn aku nk bt bizz ni. nk bt mcm ne..xde modal. xpe2..keje dl. dh ade modal..my turn lak.

dh hbs ngaja rs mcm semangat giler nak adi cikgu lak..mcm comel lak rs CIKGU NISA. haha
aku jd cikgu??

bengang giler aku!!!


kalo dh xreti nk tepati janji tu jgn la berjanji. ntah pape je. penat taw x tunggu org yg x kunjung tiba. kalo de hal pon xreti2 ke nk btaw awal2??

penantian satu penyiksaan

Tuesday, January 27, 2009

ske minum air gas x? air berkarbonat lah!!!

hola..i'm back!!! cuaca kat sp skrg ni sat2 panas terik sat2 rs mcm kat korea..sejuk jer..ekeke..bila panas tu rs sedap je minum air gas (yg sejuk ar). korang nk taw x air berkarbonat ni sebenarnya xde zat lgsg tetapi ada kalori yg byk yg dtg dari gula.

mengikut saranan WHO, pengambilan gula, apa? x taw WHO tu apa ek? apa daa..WHO tu Pertubuhan Kesihatan Sedunia la..tp ni in malay la. Pengambilan gula tak boleh melebihi 10% drp keperluan kalori seseorg. Cth: keperluan kalori seseorg itu adlh 2000 kalori, jumlah gula yg boleh d ambil adlh kurang drp 200 kalori. korg kalo lemah matematik..mst xtaw brapa 10% drp 2000 kalori. 200 lah!!!!!ayya..ini olang aaa.

ni lak kesan2 pengambilan gula berlebihan:

1. bg yg minum satu minuman berkarbonat(325ml) setiap ari akn mempunyai kurang 10% tenaga b'banding org lain. Tenaga ini (yg dtg drp gula) JIKA TIDAK DIGUNAKAN AKAN DISIMPAN DLM BADAN SBG LEMAK>>>pnyebab obesiti!!!!!

2. setiap kali korang minum or mkn mknn bergula, kuman bakteria yg t'dapat secara semulajadi pd gigi akn menggunakan gula ini dan menghasilkan asid. Kalo korg malas gosok gigi pas mkn, asid ni akn merosakkn gigi korg. skrg ni mahal giler dowh nk g tampal or cabut gigi!!! dh ar sakit.. x suka dentist!!!!

3. selepas korang minum air berkarbonat ni, korang akn mengalami pertambahan tenaga, tp setelah beberapa ketika tahap gula dlm DARAH akn turun sehingga membuatkn korang ketagihan gula. ini disebabkan tubuh telah t'biasa memiliki tahap gula dalam darah yg tinggi. terlalu byk gula akn melemahkan sistem kekebalan dan tubuh mudah berasa letih.

4. pengambilan gula yg b'lebihan boleh mnyebabkan iritasi usus besar dan dlm sesetengah keadaan boleh menggalakkan fermentasi dan penghasilan gas. xtaw ek iritasi n fermentasi tu? ala..nti2 je la aku cite k. kalo aku rajen ar.. hehe.

dh taw kat kesan2 die..byk negatif kn. aku skrg dh x minum air gas ni. layan sky juice je. kkdg kalo tingin minum 100plus. tp yg aku xleh ubah..TEH TARIK ar. tp mamak kat sp ni x pandai bt ar teh tarik ni. x sesedap mamak AMERALI kt bangi.

Saturday, January 24, 2009

epi besday ija!!!!!



ija...selamat hari lahir (240186). semoga idup ija akn selalu d rahmati dan di berkati oleh ALLAH swt, d murahkan rezeki, sehat tubuh badan, bahagia selalu dan berjaya dunia akhirat..

P/S: tetiba rindu lak ms kita dl rumet. 2thn tu..lama gak ar.kjap je kn ms berlalu..
'berlalu lah hari demi hari..sayunya hatiku ini..:D>>>org doakan kita jumpa kebahagiaan yg selama ni kita cari.

jenis orang berdasarkan kentut....:D

korang suka kentut ek? hehe...ada yang kentut kuat ada yg slow.. ada bau dan ada yg xda bau..hehe..jd korang pilih la korang dalam kategori apa k

Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain
Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam
Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang
Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya
Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat
Misterius
: Orang yg kentut tapi tidak dapat dikesan
Gugup : Kentut apabila disergah
Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang

Korang kategori yang maner satu?eheheheh..

info tok lelaki..tentang wanita

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

kenapa cinta susah datang?



Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan

Friday, January 23, 2009

lupakan si dia...

p/s: artikel ni aku dpt dari tentangcinta.com. sharing is caring kn???hehe

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia.

Terima Hakikat

Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 aku rasa takyah laa buang hadiah tu. ;))

rindu giler kat korang!!!



"Pernahkah kau tangkap butiran air mata
yang disembunyikan, sehabis doa panjang
yang padanya terselip namamu.

Dialah teman sejatimu"

salam penuh ingatan tok LINDA, WANI & c.YAM

bosan tahap cipan

arghhhhh...bosan ar dok sp ni!!dh ar terceruk..nk g cs pon bosan. member pon xde. seb bek ar de internet ni. kalo x makin bertambah ar kebosanan aku nih.ade gak t'pk nk sambung je blaja mcm kwn2 laen tp xkn nk ikot org lak kn.. hmm..ntah ar.

smbl update blog ni layan lagu 'kenangan terindah' dr samsons.waaaaa...tingat lak kenangan lalu..huhu. 'semoga saja kan kau dapati hati yg tulus mencintaimu'

Wednesday, January 21, 2009

hehe...finally

aaaaaa...pas bbrp kali aku bt blog skerat jln, akhirnya bertambah lagi blog aku. arap2 ni blog yg BKN SEKERAT JLN lagi..tetiba je ada semangat. wish me x hangat2 taik ayam taw. aku kat umah lg. dh 4 bulan jd pengurus umah abah. ntah bila la nk dpt keja. malas tol nk apply. baru2 ni aku ade apply jd jurutol taw..hehe. tolgate gurl glamour gak!!! haha..tp dorg x pggl pon. xde kosong kot. rugi gambo skeping. mcm nk g amek balik gambo n salinan sijil..skrg ni aku focus tok interbiu feb nti..taw2 je ar. bila nk stdy ni..mula la dtg penyakit aku nih!!! PENYAKIT MALAS...